Saturday, April 18, 2009

Moyang Mamak Ai


Kepercayaan roh nenek moyang adalah kepercayaan bahawa mereka yang telah meninggal masih kekal bersama-sama di bumi ini untuk memerhatikan anak-cucu keturunan mereka yang masih hidup.

Roh nenek moyang ini perlu dijaga dan dijamu (diberi makan dan persembahan) agar mereka gembira dan membantu keturunan mereka ketika ditimpa sesusahan. Roh nenek moyang yang diabaikan akan kembali menimpakan bencana kepada keturunan mereka yang tidak menjaga kebajikan diri roh nenek moyang itu.

Kepercayaan ini terdapat dikalangan orang asli, dan orang Cina.

Muzium Orang Asli Gombak


Muzium Orang Asli terletak di Jalan Gombak kira-kira 20km dari Kuala Lumpur dan ia mempamerkan koleksi artifak seperti sumpit buluh dan belanga yang diwarisinya berusia lebih dari 600 tahun serta penerangan mengenai Orang Asli.

Kaum Senoi

Kumpulan Kaum Orang Asli Senoi mendiami kawasan lereng Banjaran Titiwangsa serta juga di sebelah pantai negeri Selangor. Ianya merangkumi kawasan di pedalaman negeri Perak, Kelantan, Pahang dan Terengganu. Terdapat enam rumpun bangsa yang bernaung di bawah kategori kaum Senoi iaitu Che Wong, Mah Meri, Jahut, Semoq Beri, Semai dan Temiar.


Temiar

Penempatan rumpun bangsa Temiar yang teramai adalah di daerah Gua Musang, Kelantan yang menganjur hingga ke sempadan Perak dan Kelantan. Pada peringkat awal, mereka membuat rumah seperti keadaan rumah panjang di mana lokasinya ditentukan oleh Penghulu atau Batin melalui kaedah ’berhalaq’. Kemudian mereka akan mula membina kediaman sendiri setelah sekian lama di rumah panjang tersebut. Mereka menyara kehidupan dengan bercucuk tanam, berburu dan mencari tumbuhan hutan. Kemajuan negara telah merubah cara hidup mereka khususnya dalam bidang ekonomi masa kini, di mana kebanyakannya mengusahakan tanah kebun dan juga bekerja dalam pelbagai sektor yang lain.


Semai

Semai merupakan masyarakat yang paling ramai populasinya di kalangan 18 kumpulan etnik Orang Asli. Kebanyakan mereka menetap di sekitar Banjaran Titiwangsa meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang Barat. Kehidupan ekonomi mereka ialah berburu, mencari rotan serta buah-buahan hutan.


Semoq Beri

Penempatan kumpulan etnik Semoq Beri sebahagian besarnya adalah di kawasan pinggir Pahang iaitu di daerah Jerantut, Maran, dan Kuantan, manakala selebihnya di daerah-daerah Hulu Terengganu dan Kemaman, Terengganu. Pada masa lalu, mereka juga menjalani kehidupan ala nomad untuk mencari bahan-bahan makanan. Namun kini, hasil daripada ledakan kemajuan negara mereka turut dilimpahi dengan hasil sumber ekonomi yang dikongsi bersama.


Jah Het

Pusat kependudukan bagi rumpun bangsa Jah Het adalah di sekitar daerah Temerloh dan Jerantut, Pahang. Kawasan tersebut meliputi Kerdau-Paya Paleng, Paya Mengkuang, Kuala Krau-Penderas, Mendoi, Seboi, Pasu, Piau dan Galong, Temerloh. Manakala di daerah Jerantut, Sungai Kiol dan Kekwel (Kol). Pada waktu lalu, mereka menyara kehidupan melalui kegiatan mencari rotan dan damar untuk dijual, di samping berburu, menangkap ikan dan mengusahakan ladang untuk sara diri.


Mah Meri

Mah Meri bermaksud ’Orang Hutan’, manakala dalam istilah, Mah Meri disebut ’bersisik’. Mereka dikatakan berasal dari pulau-pualu di selatan negeri Johor. kumpulan etnik Mah Meri juga dikenali sebagai ’orang laut’ sesuai dengan lokasi penempatan mereka yang berhampiran dengan laut. Justeru, sumber ekonomi utama mereka adalah melalui hasil laut. Mutakhir ini mereka mula memasuki sektor perladangan di samping kegiatan kebudayaan dan seni kraftangan yang menjadi identiti rumpun bangsa tersebut.


Che Wong

Kumpulan etnik Che wong tinggal di kawasan daerah Raub dan di Sungai Enggang, Lanchang, Temerloh, Pahang. Mereka juga merupakan masyarakat yang suka berpindah randah demi untuk mencari kehidupan yang lebih selesa. Hasil daripada kemajuan negara, kini mereka memiliki perkampungan mereka sendiri yang makmur dan selesa, sebagai asas dalam mewujudkan sebuah perkampungan yang menarik lagi menguntungkan.

Kaum Negrito

Kumpulan Kaum Orang Asli Negrito terdiri daripada kumpulan etnik Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq dan Bateq. Mereka mendiami kawasan di sekitar banjaran Titiwangsa yang berpusat kebanyakannya di sebelah utara Semenanjung.


Kensiu

Lokasi penempatan kumpulan etnik Kensiu cuma terdapat di Kampung Lubok Legong, Kedah. Mereka merupakan kumpulan kedua terkecil dari kalangan 18 kumpulan etnik Orang Asli. Satu ketika dulu, orang Kensiu suka berpindah randah untuk mencari bahan-bahan makanan. Kini mereka mengusahakan tanaman getah yang dubangunkan oleh pihak RISDA sebagai sumber ekonomi tetap mereka.


Kintak

Seperti juga Kensiu, Orang Kintak suka berpindah randah untuk mencari bahan makanan. Mereka mendiami kawasan pinggir daerah Gerik, Hulu Perak. Tumpuan serius yang diberikan oleh pihak Kerajaan terhadap kalangan masyarakat Orang Asli, telah menyebabkan kumpulan etnik Kintak mengubah cara hidup mereka untuk menjadi setanding dan separa dengan rakan-rakan mereka yang lain. Kalangan mereka turut menyertai bidang-bidang pekerjaan yang dulunya dirasakan mustahil seperti perkhidmatan kolar putih dan biru.


Lanoh

Masyarakat Lanoh (Lano) dulunya turut dikenali sebagai Sabubn. Namun, kini perkataan Sabubn tidak digunakan lagi oleh sebab-sebab yang kurang jelas. Penempatan mereka bertaburan di sekitar utara negeri Perak terutama di daerah Lenggong. Mereka juga satu ketika dulu suka hidup berpindah randah. Dari sudut linguistik dan budaya, mereka lebih mirip kepada kumpulan etnik Kensiu dan Kintak. Umumnya mereka lebih banyak bertutur dalam dialek bahasa Temiar.


Jahai

Lokasi penempatan kumpulan etnik Jahai terdapat di Banun, Sungai Tiang dan persisir Empangan Temenggor di Perak. Sementara di Kelantan, mereka bertumpu di Kampung Sungai Rual dan sekitar Jeli, Hulu Kelantan. Pada amnya, rupa paras orang Jahai seakan ada persamaannya dengan orang Habsyi atau Negro di Arika, suku kaum Negrito di Pulau Andaman dan Aeta di Filipina. Rumah mereka berbentuk pisang sesikat, dibina daripada buluh dan beratapkan daun bertam dan tepus.

Keadaan rumah mereka yang serba ringkas itu adalah disebabkan amalan mereka yang suka berpindah randah, terutama apabila berlaku kematian dan bencana selain tujuan untuk mencari keperluan makanan di kawasan baru. Namun demikian, seperti juga masyarakat Orang Asli yang lain, mereka kini sudah memiliki penempatan sendiri dan terbela dari segala sudut kehidupan melalui bantuan-bantuan oleh pihak Kerajaan.


Mendriq

Kumpulan etnik Mendriq menghuni di sekitar hulu sungai Kuala Lah, jajahan Gua Musang, Kelantan. Seperti Jahai, ciri fizikal orang Mendriq lebih mirip kepada rupa paras orang Negrito lain di kepulauan Andaman, Filipina dan Selatan Thai. Tubuh mereka kecil tetapi tegap dan sasa. Mereka dikatakan sebagai kaum dari tinggalan zaman paleolitik (zaman batu lama) yang mengunjur dari Semenanjung ke Pasifik. Bahasa suku kaum Mendriq ialah Austraossiatik. Mereka tergolong sebagai penutur kumpulan etnik Mon-Khmer tetapi kini telah banyak menerima kemasukan kosa kata Melayu.


Bateq

Taman Negara Kuala Tahan, sekitar bahagian hulu Sungai Tembeling, Sungai Kechau, Teluk Gunung di Pahang, Sungai Gala, Sungai Chiku, Sungai Tako, Sungai Lebir dan Sungai Airing di Kelantan serta Sungai Berua, Besut, Terengganu adalah merupakan penempatan utama masyarakat Bateq. Jika dahulu mereka turut mengamalkan amalan berpindah randah, tetapi mutakhir ini mereka memilih untuk menduduki kawasan yang disediakan oleh pihak Kerajaan ke arah kesejahteraan kehidupan mereka.

Kaum Melayu-Proto

Kumpulan Kaum Orang Asli Melayu-Proto mencakupi rumpun bangsa Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala dan Orang Seletar. Pada awalnya mereka tinggal di kawasan pantai, kuala ataupun kawasan-kawasan lembah. Kini mereka telah memiliki kawasan perkampungan mereka sendiri dan mengecapi kehidupan yang lebih selesa hasil daripada pembangunan yang dibawa oleh pihak Kerajaan.


Orang Kuala

Istilah ’Orang Kuala’ wujud disebabkan lokasi masyarakat itu sendiri yang kebanyakannya tinggal di kawasan kuala sungai dan persisiran pantai barat Johor. Mereka dipercayai berasal dari kepulauan Riau-Lingga dan kawasan yang berhampiran dengan pantai Sumatera, Indonesia. Lokasi penempatan mereka terdapat di Kuala Rengit, Kuala Senggarang dan Tanjung Segenting dalam daerah Batu Pahat serta juga di Kuala Benut, Kuala Sungai Pontian dan Kukup di daerah Pontian, Johor. Menangkap ikan merupakan salah satu daripada aktiviti ekonomi sara diri mereka. Namun demikian, terdapat juga pada masa kini mereka-mereka yang telah berjaya dalam bidang perniagaan, pertanian malah bidang-bidang profesional yang lain. Raut wajah dan tingkah laku mereka lebih mirip kepada orang Melayu yang secara tradisinya menjadi jiran turun temurun mereka.


Orang Kanaq

Orang Kanaq merupakan rumpun bangsa Orang Asli yang paling kecil jumlah populasinya. Penempatan utama mereka adalah di Kampung Sungai Selangi, Mawai, daerah Kota Tinggi, Johor. Mereka dikatakan berasal daripada kepulauan Riau, Indonesia yang melarikan diri akibat dari ancaman tentera Belanda. Bahasa pertuturan mereka seakan orang Melayu dengan lenggok bahasa yang agak kasar.


Orang Seletar

Orang Seletar atau ’Sea Gypsies’ pada awalnya merupakan kumpulan pengembara persisiran pantai yang tinggal dalam rumah perahu, pulau, persisiran pantai dan kuala sungai. Kawasan utama pertempatan mereka adalah di sekitar pantai selatan Johor dan utara Singapura seperti di Kampung Bakar Batu, Johor Baharu. Secara tradisinya mereka bergantung hidup kepada hasil laut. Keadaan ini menyebabkan mereka hidup berpindah randah. Walau bagaimanapun, perubahan dalam sosio ekonomi telah merubah cara hidup mereka. Terdapat mereka yang mengusahakan kedai makanan laut (seafood). Kini mereka tinggal dan menetap di kawasan penempatan yang lebih teratur dan tersusun di persisiran pantai selat Johor.


Jakun

Rumpun bangsa Jakun atau disebut juga Orang Ulu dikatakan berasal dari Yunan, selatan China. Penempatan utama mereka adalah di kawasan pantai Pahang, Rompin, Pekan dan Johor Utara. Kebanyakan dari mereka masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. Mereka kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.


Semelai

Rumpun bangsa Semelai menghuni kawasan Pahang Tengah iaitu di Tasik Bera, Sungai Triang, Paya Besar dan Paya Badak hingga melebar ke sempadan Negeri Sembilan iaitu di Sungai Serting, Sungai Lui dan Ulu Muar. Mereka memiliki wajah serta fizikal mirip orang Melayu. Mata pencarian mereka ialah mencari hasil hutan dan juga berladang.


Temuan

Temuan merupakan rumpun bangsa keempat besarnya dalam hierarki kaum Orang Asli. Penempatan mereka hampir keseluruhannya terdapat di negeri Selangor (kecuali daerah Kuala Langat), Melaka, Negeri Sembilan, Temerloh, di Pahang dan juga Muar di Johor. Rumpun bangsa Temuan di Negeri Sembilan mengamalkan adat pepatih di mana keistimewaan Batin adalah selaku salah seorang daripada ahli dalam perlantikan Undang.


Takrif Orang Asli:




Dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, mana-mana bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki orang itu;

Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Orang Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dah ialah ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli atau;

Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada masyarakat Orang Asli;

Mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli oleh kerana dia telah memeluk mana-mana agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi dia masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli atau bercakap bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi menjadi Orang Asli semata-mata oleh sebab dia mengamalkan agama itu.

Fakta Sejarah

Menurut para pengkaji sejarah, kepulauan Melayu telah mula diduduki oleh manusia yang dipanggil Austronesian atau Malayo-Polynesia sekitar 5,000 tahun dahulu. Mereka ini dikatakan berasal daripada Selatan China (Yunan) dan Taiwan. Penghijrahan mereka ke selatan adalah secara ’sporadic’, ’irregular’ dan ’incremental’. Bermula dari Filipina menganjur ke pulau-pulau Indonesia sehingga ke penghujung tanah besar Asia, pulau-pulau Pasifik dan Madagascar.

Majoriti Orang Asli di Malaysia (termasuk kaum Bumiputera) yang menghuni kawasan Indo-Malaya sekarang ini adalah keturunan daripada manusia Austranesian awal ini. Hasil daripada Banci Penduduk JHEOA 2004, jumlah populasi Orang Asli Malaysia ketika ini ialah seramai 141,230 orang. Mereka terbahagi kepada tiga Kumpulan Kaum Orang Asli iaitu, Melayu Proto (Proto-Malay), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun Bangsa.

Kampung Orang Asli Negeri Terengganu

  1. Kampung Sungai Pergam , Ulu Jabor , Kemaman 24000 Terengganu
  2. Kampung Sungai Berua , Kuala Berang 21700 Terengganu

Kampung Orang Asli Negeri Johor

  1. Kampung Peta Endau 86900 Johor
  2. Kampung Orang Asli Tanah Abang Endau 86900 Johor
  3. Kampong Orang Asli Simpang Arang Gelang Patah 81550 Johor
  4. Kampung Orang Asli Sungai Temun Sungai Danga Johor Bahru 81200 Johor
  5. Kampung Orang Asli Batu 26 Kahang 86700 Johor
  6. Kampung Orang Asli Punjut Kahang Kluang 86700 Johor
  7. Kampung Orang Asli Pengkalan Terih Kluang 86000 Johor
  8. Kampung Orang Asli Sungai Selangi Kota Tinggi 81900 Johor
  9. Kampung Orang Asli Pasir Intan Kota Tinggi 81900 Johor
  10. Kampung Orang Asli Semangar Kota Tinggi 81900 Johor
  11. Kampung Orang Asli Sungai Sayong Pinang Kota Tinggi 81900 Johor
  12. Kampung Segamat Kecil Labis 85300 Johor
  13. Kampung Orang Asli Ulu Juaseh [[Pekan Air Panas]] Labis 85300 Johor
  14. Kampung sentosa Batu 29 Lenga Muar 84040 Johor
  15. Kampung Tambak Dapor Pagoh Muar 84600 Johor
  16. Kampung Sungai Mering Asahan Lembah Ledang 84900 Johor
  17. Kampung Orang Asli Tanah Gembur Bekoh Tangkak 84900 Johor
  18. Kampung Orang Asli Pasir Salam Kuala Sungai Tiram Ulu Tiram 81800 Johor

Kampung Orang Asli Negeri Melaka

  1. Kampung Orang Asli Bukit Payong Taboh Naning Alor Gajah 78000 Melaka
  2. Kampung Orang Asli Gapam Bemban 77200 Melaka
  3. Kampung Orang Asli Solok Terentang Selandar Jasin 77500 Melaka
  4. Kampung Lubok Bandung Simpang Bekoh 77100 Asahan Melaka
  5. Kampung Orang Asli Telok Tongkah
  6. Kampung Orang Asli Tebong Station
  7. Kampung Orang Asli Gapam Baru Bukit Seraya (Baru) Simpang Bekoh 77100 Asahan Melaka

Kampung Orang Asli Negeri Sembilan

  1. Kampong Rangoi Durian Tipus 72400 Negeri Sembilan
  2. Kampung Sungai Kelai Ladang Geddes Jempol 72120 Negeri Sembilan
  3. Kampong Orang Asli Sungai Sampo Jempol 72120 Negeri Sembilan
  4. Kampung Orang Asli Sri Kendong Kota 71350 Negeri Sembilan
  5. Kampung Orang Asli Pelebar Labu 71900 Negeri Sembilan
  6. Kampung Tekir Batu 10 Labu 71900 Negeri Sembilan
  7. Kampung Beranang Lenggeng 71750 Negeri Sembilan
  8. Kampung Kedat Mantin Dalam Mantin 71700 Negeri Sembilan
  9. Kampung Orang Asli Pabai Miku Rembau 71300 Negeri Sembilan
  10. Kampung Orang Asli Ulu Chembong Rembau 71300 Negeri Sembilan
  11. Kampung Sungai Ngongoi Pantai Seremban 71770 Negeri Sembilan
  12. Kampung Parit Gong Simpang Pertang 72300 Negeri Sembilan
  13. Kampung Orang Asli Langkap Tanjung Ipoh 71500 Negeri Sembilan
  14. Kampung Tohor Kenaboi Titi 71650 Negeri Sembilan
  15. Kampung Orang Asli Putra, Simpang Durian
sila maklum kalau ada penambahan

Kampung Orang Asli Negeri Pahang

  1. Kampung Bukit Serok , Bandar Tun Razak 26900 Pahang
  2. Kampung Lebak , Bentong 28700 Pahang
  3. Kampung Sungai Gabong , Bentong 28700 Pahang
  4. Kampung Sungai Bot Batu 23 Jalan Manchis Bentong 28620 Pahang
  5. Kampung Hulu Semei , Manchis , Bentong 28730 Pahang
  6. Kampung Sungai Kabuk , Bertam Valley , Ringlet , Cameron Highlands 39200 Pahang
  7. Kampung Batu 14 Jalan Gambang Gambang 26300 Pahang
  8. Kampung Orang Asli Dedari , Jerantut 27020 Pahang
  9. Kampung Orang Asli Kuala Atok Baru , Jerantut 27000 Pahang
  10. Kampung Orang Asli Paya lintah , Jerantut 27000 Pahang
  11. Kampung Orang Asli Sungai Berjuang , Jerantut 27000 Pahang
  12. Kampung Orang Asli Sungai Kiol , Jerantut 27000 Pahang
  13. Kampung Orang Asli Sungai Mai , Jerantut 27000 Pahang
  14. Kampung Orang Asli Sungai Retang , Jerantut 27000 Pahang
  15. Kampung Orang Asli Terbol , Jerantut 27000 Pahang
  16. Kampung Sungai Dua Olak , Karak 28600 Pahang
  17. Kampung Sungai Dua Ulu , Karak 28600 Pahang
  18. Kampung Sungai Bot Jalan Manchis Karak 28600 Pahang
  19. Kampung Orang Asli Sungai Gapoi , Telemong , Karak 28620 Pahang
  20. Kampung Bapak , Pos Iskandar , Kemayan 28380 Pahang
  21. Kampung Gau , Pos Iskandar , Kemayan 28380 Pahang
  22. Kampung Lenek , Pos Iskandar , Kemayan 28380 Pahang
  23. Kampung Kabang , Kuala Lipis 27200 Pahang
  24. Kampung Pos Lanai , Kuala Lipis 27200 Pahang
  25. Kampung Sungai Garam , Kuala Lipis 27200 Pahang
  26. Kampung Sungai Temetong , Kuala Lipis 27200 Pahang
  27. Kampung Tual , Kuala Lipis 27200 Pahang
  28. Kampung Saweh , Pos Sinderut , Kuala Lipis 27200 Pahang
  29. Kampung Lancang , RPS Betau , Kuala Lipis 27200 Pahang
  30. Kampung Simoi Baru , RPS Betau , Kuala Lipis 27200 Pahang
  31. Kampung Jemeri , Kuala Rompin 26800 Pahang
  32. Kampung Sungai Mok , Kuala Rompin 26800 Pahang
  33. RPS Kedaik , Kuala Rompin 26800 Pahang
  34. Kampung Mentelong , Endau , Kuala Rompin 26800 Pahang
  35. Kampung Sungai Soi Km 16 jalan Pekan Kuantan 25150 Pahang
  36. Kampung Gedung Siam Paya Bungor 26020 Kuantan Pahang
  37. Kampung Batu 34 Paya Bungor , Kuantan 26020 Pahang
  38. Kampong Batu 15 Sungai Penor Jalan Pekan-Kuantan , Kuantan 26060 Pahang
  39. Kampung Sungai Enggang , Lanchang 28500 Pahang
  40. Kampung Sungai Leleh , Lanchang 28500 Pahang
  41. Kampung Bukit Gabang , Lanchang 28500 Pahang
  42. Kampung Sungai Jempul , Maran 26500 Pahang
  43. Kampung Buluh Nipis , Muadzam Shah 26670 Pahang
  44. Kampung Inui , Muadzam Shah 26700 Pahang
  45. Kampung Kundang , Muadzam Shah 26700 Pahang
  46. Kampung Pelam , Muadzam Shah 26700 Pahang
  47. Kampung Tenggalong , Muadzam Shah 26700 Pahang
  48. Kampung Gadak , Muadzam Shah 26700 Pahang
  49. Kampung Pelam Aur , Muadzam Shah 26700 Pahang
  50. Kampung Petoh , Muadzam Shah 26700 Pahang
  51. Kampung Tanah Runtuh , Muadzam Shah 26700 Pahang
  52. RPS Bukit Serok , Muadzam Shah 26700 Pahang
  53. Kampung Api Larat , Pekan 26680 Pahang
  54. Kampung Permatang Keledang , Pekan 26600 Pahang
  55. Kampung Dusun , Pekan 26600 Pahang
  56. Kampung Sekukoh , Pekan 26600 Pahang
  57. Kampung Serun , Pekan 26680 Pahang
  58. Kampung Sungai Kalong , Pekan 26660 Pahang
  59. Batu 15 Jalan Pekan Nenasi , Pekan 26600 Pahang
  60. Kampung Air Hitam , Kuala Mentiga , Pekan 26640 Pahang
  61. Kampung Air Hitam Mukim Lepar , Pekan 26600 Pahang
  62. Kampung Jambu , Mukim Bebar,Pekan, 26680 Pahang
  63. Kampung Meranti , Mukim bebar,Pekan, 26680 Pahang
  64. Kampung Simpai , Mukim bebar,Pekan, 26680 Pahang
  65. Kampung Landai , Mukim bebar,Pekan, 26680 Pahang
  66. Kampung Padang , Mukim bebar,Pekan, 26680 Pahang
  67. Kampung Runchang , Mukim bebar,Pekan, 26680 Pahang
  68. Kampung Selingkong , Mukim bebar,Pekan, 26600 Pahang
  69. Kampung Simpai , Mukim bebar,Pekan, 26680 Pahang
  70. Kampung Bangkong Mukim lepar Pekan 26600 Pahang
  71. Kampung Batu Gong , Mukim Penyor ,Pekan 26600 Pahang
  72. Kampung Air Hitam , Mukim Penyor ,Pekan 26600 Pahang
  73. Kampung Belukar Nangka , Mukim Penyor ,Pekan 26600 Pahang
  74. Kampung Tanah Merah , Mukim Penyor ,Pekan 26600 Pahang
  75. Kampung Gumum Tasik Chini , Mukim Penyor ,Pekan 26600 Pahang
  76. Kampung Tasik Mentiga , Mukim Penyor ,Pekan 26600 Pahang
  77. Kampung Permatang Siput , Mukim Temai , Pekan 26640 Pahang
  78. Kampung Arong , Paloh Hinai , Pekan 26600 Pahang
  79. Kampung Sungai Chandan , Raub 27600 Pahang
  80. Pos Satak , Batu Malim , Raub 27610 Pahang
  81. Pos Buntu , Batu Talam , Raub 27610 Pahang
  82. Kampung Sungai Temir , Lembah Klau , Raub 27600 Pahang
  83. Kampung Sungai Kenong Sang Lee Raub 27600 Pahang
  84. Kampung Harong Kuala Medang Raub
  85. Kampung Jentil Kuala Medang Raub
  86. Pos Telanok , Ringlet 39200 Pahang
  87. Kampung Bukit Lepas , Rompin 26800 Pahang
  88. Kampung Kemedol , Rompin 26800 Pahang
  89. Kampung Kerpal , Rompin 26800 Pahang
  90. Kampung Api Larat , Rompin 26680 Pahang
  91. RPS Kedaik , Rompin 26800 Pahang
  92. Kampung Orang Asli Batu 3 Jalan Sabak Rompin 26800 Pahang
  93. Pos Terisu Batu 49 Kuala Terla , Tanah Rata 39010 Pahang
  94. Kampung Seboi , Kuala Krau , Temerloh 28050 Pahang
  95. Kampung Paya Pelong , Kerdau , Temerloh 28010 Pahang
  96. Kampung Pasu , Kuala Krau , Temerloh 28050 Pahang
  97. Kampung Paya Mendoi , Kuala Krau , Temerloh 28050 Pahang
  98. Kampung Paya Rekoh , Kuala Krau , Temerloh 28050 Pahang
  99. Kampung Penderas , Kuala Krau , Temerloh 28050 Pahang
  100. Kampung Paya Badak , Lebak Seberang , Temerloh 28000 Pahang
  101. Kampung Paya Sendayan , Lipat Kajang , Temerloh 28000 Pahang
  102. Kampung Berdut , Paya Rekoh , Kuala Krau , Temerloh 28050 Pahang
  103. Kampung Paya Mengkuang , Songsang , Temerloh 28020 Pahang
  104. Kampung Bongkok , Kerayong , Triang 28300 Pahang
  105. Kampung Tambangan , Kerayong , Triang 28300 Pahang
  106. Kampung Chelon , Kerayong , Triang 28300 Pahang
  107. Kampung Bukit Gemuroh , Triang 28300 Pahang
  108. Kampung Sungai Tuang , Triang 28300 Pahang

Kampung Orang Asli di Negeri Kelantan

  1. Kampung Pos Gob Gua Musang 18300 Kelantan
  2. Kampung Kuala Lah Gua Musang 18300 Kelantan
  3. Kampung Pos Belatim Gua Musang 18300 Kelantan
  4. Kampung Pos Hendrop Gua Musang 18300 Kelantan
  5. Kampung peng Pos Balar Gua Musang 18300 Kelantan
  6. Kampung Sendrod Pos Brooke Gua Musang 18300 Kelantan
  7. Kampung Pasir Linggi Pos Lebir Gua Musang 18300 Kelantan
  8. Kampung Jader Baru Pos Simpor Gua Musang 18300 Kelantan
  9. Kampung Bihai Gua Musang 18300 Kelantan

Kampung Orang Asli Negeri Perak


  1. Kampung Orang Asli Sungai Chenein , Behrang Stesen 35950 Perak
  2. Kampung Orang Asli Sungai Lembing , Behrang Stesen 35950 Perak
  3. Kampung Kuala Senta , Bidor 35500 Perak
  4. Ulu bidor , Bidor 35000 Perak
  5. Kampung Kinyang Lama , Chenderiang 35300 Perak
  6. Kampung Sungai Bilek , Chenderiang 35300 Perak
  7. Kampung Sungai Landor , Chenderiang 35300 Perak
  8. Sungai Milu , Chenderiang 35300 Perak
  9. Kampung Sungai Raba , Gerik 33300 Perak
  10. Kampung Orang Asli Temin , Gerik 33300 Perak
  11. RPS Banun , Gerik 33300 Perak
  12. Sungai Tekam , RPS Banun , Gerik 33300 Perak
  13. Kampung Sungai Malela , RPS Dala , Gerik 33300 Perak
  14. Kampung Sarok , RPS Dala , Gerik 33300 Perak
  15. Kampung Akei , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
  16. Kampung Bal , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
  17. Kampung Cuwau , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
  18. Kampung Jarau Baru , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
  19. Kampung Katong , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
  20. Kampung Rantau , RPS Kemar , Gerik 33300 Perak
  21. Kampung Orang Asli Sungai Tiang , RPS Banun , Gerik 33300 Perak
  22. Kampung Ulu Geruntum , Gopeng 31600 Perak
  23. Kampung Ulu Groh , Gopeng 31600 Perak
  24. Kampung Ulu Kampar , Gopeng 31600 Perak
  25. Kampung Orang Asli Ulu Jelintoh , Gopeng 31600 Perak
  26. Kampung Orang Asli Batu Berangkai , Kampar 31900 Perak
  27. Kampung Sungai Peria , Sungai Siput , Kampar 31920 Perak
  28. Kampung Batu 7 sahom Sungai Siput selatan Kampar 31920 Perak
  29. Sungai Sinju , Kampung Kepayang 31300 Perak
  30. Kampung Orang Asli Kampung Pawong , Pos Slim , Kampung Kepayang 31300 Perak
  31. Kampung Orang Asli Sungai Raya , Keramat Pulai , Kampung Kepayang 31300 Perak
  32. Sungai Pelawan]] , Langkap 36700 Perak
  33. Kampung Orang Asli Redang Punggor , Langkap 36700 Perak
  34. Kampung Orang Asli Air Bah , Lenggong 33410 Perak
  35. Kampung Orang Asli Sungai Perah , Parit 32800 Perak
  36. Kampung Tibang Slim Village Slim River 35800 Perak
  37. Kampung Orang Asli Kampung Pisang Rasau , Slim River 35800 Perak
  38. Kampung Orang Asli Kuala Bil , Slim River 35800 Perak
  39. Kampung Orang Asli Kuala Keding , Ulu Slim , Slim River 35800 Perak
  40. Kampung Orang Asli Pos Bersih , Ulu Slim , Slim River 35800 Perak
  41. Kampung Orang Asli Pos Tenau , Ulu Slim , Slim River 35800 Perak
  42. Kampung Orang Asli Ulu Rasau Slim village Slim River 35800 Perak
  43. Kampung Orang Asli Gesau Ulu slim Slim River 35800 Perak
  44. Kampung Kelah , Jalong Tinggi , Sungai Siput (u) 31100 Perak
  45. Kampung Kenang Baru , Jalong Tinggi , Sungai Siput (u) 31100 Perak
  46. Kampung Langkor , Jalong Tinggi , Sungai Siput (u) 31100 Perak
  47. Kampung Landap , Jalong Tinggi , Sungai Siput (u) 31100 Perak
  48. Kampung Ganteh , Pos Piah , Sungai Siput (u) 31100 Perak
  49. Kampung Menderang , Sungkai 35600 Perak
  50. Kampung Sat , RPS Jernang , Sungkai 35600 Perak
  51. Chenderong Kelubi]] , Changkat Pinggan , Air Kuning , Tanjong Tualang 31920 Perak
  52. Kampung Orang Asli Chinggong , Behrang Ulu Bt 8 Tanjung Malim 35950 Perak
  53. Kampung Sungai Tunggang , Tanjung Rambutan 31250 Perak
  54. Kampung Orang Asli Batu 6 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
  55. Sungai Chedok]] Batu 7 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
  56. Kampung Kuala Telum Batu 7 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
  57. Kampung Batu 19 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
  58. Kampung Batu 5 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
  59. Kampung Batu 6 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
  60. Kampung Batu 17 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
  61. Kampung Batu 3 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
  62. Kampung Batu 8 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
  63. Kampung Batu 14 Jalan Pahang , Tapah 35000 Perak
  64. [[Kampung Orang Asli Pos Woh , Kuala Woh , Tapah 35000 Perak
  65. Kampung Orang Asli Temoh 35350 Perak
  66. Kampung Air Denak , Teronoh 31750 Perak
  67. Kampung Orang Asli Bukit Ganggai , Trolak Timur , Trolak 35700 Perak
  68. Kampung Orang Asli Sungai Jentong , Trolak 35700 Perak
  69. Kampung Changkat Kereta , Erong , Ulu Bernam 35650 Perak
  70. Kampung Orang Asli Makmur , Kinta Intake , Ulu Kinta 31150 Perak
  71. Kampung Orang Asli Sungai Chadak , Ulu Kinta 31150 Perak